HIKMAH SATU PEMERGIAN ITU...
 |
Pada suatu hari, Comel (ayam teruna peliharaanku) jatuh sakit. Dia sangat-sangat tidak bermaya. Dan tidak berkelakuan seperti kebiasaaanya. |
 |
Dia cuba bangun tapi jatuh kembali... 2-3 kali juga dia mencuba untuk bangun.. tapi tidak berjaya.. |
 |
Bukan sahaja tidak mampu bangun, membuka mata pun amat perit bagi kita yg melihat.. Tiba-tiba mata Comel terbeliak luas dan perlahan-lahan kembali tertutup.. Comel aku sudah pergi buat selama-lamanya... |
 |
Aku bingung dengan kematian mengejut Comel.. Aku tak puas hati, lalu aku masuk ke dalam bilik dan ambil 'surgery kit' Aku ambil razor blade lalu aku cukur bulu-bulu pelapah di kepala Comel. Kelihatan satu tompokan seperti lebam di belakang kepala Comel. |
 |
Tompokan itu agak besar menandakan pemangsa yang menyerang Comel itu agak berbisa. |
 |
Oleh kerana ingin tahu bagaimana bisa menyerang jantung ayam ini, aku mulakqan dengan menyelinap kulit luar Comel hingga kelihatan isi sahaja. |
 |
Kemudian, kulit kepala ditoreh untuk melihat ketulan bisa binatang yang terkumpul antara kulit dan isi. |
 |
Memang tepat agakan aku,bisa yang terkumpul terlalu banyak.. |
 |
Langkah seterusnya, melihat bagaimana bisa bergerak dari kepala ke jantung. |
 |
Jadi, rahang bawah perlu dipotong supaya saluran makanan dan pernafasan dapat diperiksa. Urat ayam ini agak keras, tidak pasti sama ada kesan bisa atau tempoh masa yang agak lama. |
 |
Tulang rusuk perlu dipotong supaya organ dalaman seperti hati, hempedal, jantung dapat diperiksa. |
 |
Satu persatu organ dalaman diperiksa dengan mengeluarkan dari tempatnya lalu akan dibelah kepada beberapa bahagian untuk melihat kesan di dalam organ itu. |
Post-mortem ini hampir tamat, hampir keseluruhan organ penting diperiksa.
 |
'Respiratory system' Comel juga kekuningan dan kemungkinan gagal berfungsi dan menyebabkan ayam ini tidak mampu bernafas. |
Walaupun agak sedih, namun aku jua lebih faham ttg anatomi ayam. Mungkin inilah yang dikatakan hikmah sesuatu kejadian. "Sesungguhnya ilmu tanpa amal itu umpama pohan yang tidak berbuah".
No comments:
Post a Comment