A Little Bit Bout Photojournalism..

Photojournalism is a particular form of journalism (the collecting, editing, and presenting of news material for publication or broadcast) that creates images in order to tell a news story. It is now usually understood to refer only to still images, but in some cases the term also refers to video used in broadcast journalism. Photojournalism is distinguished from other close branches of photography (such as documentary photography, social documentary photography, street photography or celebrity photography) by the qualities of:

  • Timeliness — the images have meaning in the context of a recently published record of events.
  • Objectivity — the situation implied by the images is a fair and accurate representation of the events they depict in both content and tone.
  • Narrative — the images combine with other news elements to make facts relatable to the viewer or reader on a cultural level.

Like a writer, a photojournalist is a reporter but he or she must often make decisions instantly and carry photographic equipment, often while exposed to significant obstacles (physical danger, weather, crowds).



Monday, February 21, 2011

Latihan: Menguji keterbolehbacaan 2 artikel dibawah mengikut Gunning Fox Index serta mencari kelemahan news artikel serta elemen2 seperti photo story/caption.

Pilihan Raya Kampus: Siswa UPM Pula Usung ‘Keranda’

FEBRUARI 18, 2011
oleh Pro Mahasiswa

Kira-kira 50 aktivis Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Putra Malaysia(UPM) berarak membawa replika keranda serta berkumpul di bangunan pentadbiran bagi membantah tindakan universiti yang didakwa menghalang calon mereka daripada bertanding dalam pilihan raya kampus.
Selepas berjaya menyerahkan memorandum itu hampir jam 4 petang tadi, seorang pelajar dilihat mengeluarkan ‘jenazah’ daripada ‘keranda’ itu dan menyiramkan dengan cecair berwarna merah.
NONEIa kemudiannya diikuti dengan laungan “hidup mahasiswa” daripada peserta yang hadir.
Semalam dalam bantahan untuk kes yang sama di Universiti Malaya (UM), gimik yang hampir sama diadakan kumpulan itu apabila membaringkan empat patung mayat.
Memorandum itu juga menggesa supaya pilihan raya kampus itu ditunda kerana mendakwa terdapat campurtangan sebuah partipolitik.
Mereka mendakwa bahawa perkara itu dikesan melalui satu kempen pilihan raya yang diadakan antara 7 hingga 9 Januari lalu yang didakwa dihadiri presiden parti itu.
Tajaan RM59,000 Parti Luar
Memorandum itu mendakwa parti itu menyumbangkang RM59,000 bagi membantu calon tajaan mereka di seluruh kampus di Malaysia.
NONESebelum itu, kumpulan itu yang diketuai pengerusi pro-M Syed Syafiq Syed Hashim itu pada awalnya berkumpul sejak jam 2.40 petang di sebuah kawasan letak kereta.
Pelajar berkenaan kemudiannya berarak dengan membawa sepanduk, antaranya bertulis “Mahasiswa tolak campur tangan parti politik” dan “parti politik jangan masuk campur.”
Sepasukan kira-kira 10 orang anggota keselamatan kampus, turut berkawal di bangunan pentadbiran tersebut.
Pasukan berkenaan menghalang kumpulan pelajar berkenaan di perkarangan bangunan pentadbiran itu pada kira-kira jam 3 petang.
Lima orang wakil pelajar itu bagaimanapun dibenarkan menghantar memorandum kepada pihak pentadbiran, setelah rundingan selama kira-kira 10 minit.
Lima wakil
NONESelain Syed Syafiq, turut dibenarkan presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM Muhamad Hazim Mohd Noh dan wakil Gerakan Mahasiswa Maju kampus itu Swee Nee.
Dua lagi yang turut serta ialah pelajar yang dibatalkan pencalonan bagi pilihan raya kampus itu — Mohd Akmal Hakim dari Fakutli Bioteknologi dan Zuhairah Hayati Mohd Zureth dari fakulti sama.
Memo dihantar kepada naib canselor universiti Datuk Dr Radin Omar.
Ketika berarak, kumpulan pelajar berkenaan turut melaungkan pelbagai slogan antaranya “bangkit mahasiswa, “hancur kezaliman” dan “tolak penindasan.”
Semalam, pencalonan enam calon kumpulan pelajar pro-M universiti itu ditolak atas alasan borang pencalonan mereka tidak lengkap.
Mereka antara 41 calon pro-M yang mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kampus yang dijadualkan Isnin depan.
Sebanyak 43 kerusi dipertanding tahun ini di UPM, meliputi tujuh kerusi umum, 32 kerusi fakulti dan empat kerusi siswazah.
Malaysiakinifrom → UPM

Tuesday, September 7, 2010

My Autopsy




HIKMAH SATU PEMERGIAN ITU...






Pada suatu hari, Comel (ayam teruna peliharaanku) jatuh sakit. Dia sangat-sangat tidak bermaya. Dan tidak berkelakuan seperti kebiasaaanya.

Dia cuba bangun tapi jatuh kembali... 2-3 kali juga dia mencuba untuk bangun.. tapi tidak berjaya..


Bukan sahaja tidak mampu bangun, membuka mata pun amat perit bagi kita yg melihat..  Tiba-tiba mata Comel terbeliak luas dan perlahan-lahan kembali tertutup.. Comel aku sudah pergi buat selama-lamanya...


Aku bingung dengan kematian mengejut Comel.. Aku tak puas hati, lalu aku masuk ke dalam bilik dan ambil 'surgery kit' 
Aku ambil razor blade lalu aku cukur bulu-bulu pelapah di kepala Comel. Kelihatan satu tompokan seperti lebam di belakang kepala Comel.

Tompokan itu agak besar menandakan pemangsa yang menyerang Comel itu agak berbisa.

Oleh kerana ingin tahu bagaimana bisa menyerang jantung ayam ini, aku mulakqan dengan menyelinap kulit luar Comel hingga kelihatan isi sahaja.



Kemudian, kulit kepala ditoreh untuk melihat ketulan bisa binatang yang terkumpul antara kulit dan isi.
Memang tepat agakan aku,bisa yang terkumpul terlalu banyak..



Langkah seterusnya, melihat bagaimana bisa bergerak dari kepala ke jantung.

Jadi, rahang bawah perlu dipotong supaya saluran makanan dan pernafasan dapat diperiksa. Urat ayam ini agak keras, tidak pasti sama ada kesan bisa atau tempoh masa yang agak lama.


Tulang rusuk perlu dipotong supaya organ dalaman seperti hati, hempedal, jantung dapat diperiksa.

Satu persatu organ dalaman diperiksa dengan mengeluarkan dari tempatnya lalu akan dibelah kepada beberapa bahagian untuk melihat kesan di dalam organ itu.

Post-mortem ini hampir tamat, hampir keseluruhan organ penting diperiksa.

'Respiratory system' Comel juga kekuningan dan kemungkinan gagal berfungsi dan menyebabkan ayam ini tidak mampu bernafas.


Walaupun agak sedih, namun aku jua lebih faham ttg anatomi ayam. Mungkin inilah yang dikatakan hikmah sesuatu kejadian. "Sesungguhnya ilmu tanpa amal itu umpama pohan yang tidak berbuah".

Wednesday, September 1, 2010

PERSEKITARAN KERJA (STAF PUTRA FM)

Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, Universiti Putra Malaysia mempunyai 4 buah jabatan dibawah naungannya. Iaitu Jabatan Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa Inggeris, Jabatan Bahasa Asing dan Jabatan Komunikasi.


Jabatan Komunikasi mempunyai empat pengkhususan iaitu Penyiaran, Kewartawanan, Komunikasi Korporat dan Komunikasi Kemanusiaan. UPM telah membina beberapa makmal seperti makmal fotografi dan makmal penyiaran. Makmal penyiaran mempunyai dua unit iaitu unit penerbitan video dan unit penerbitan radio. Unit penerbitan radio kini telah dinaiktaraf menjadi Stesen Radio Kampus. 


Pembantu penerbit memainkan peranan penting dalam melancarkan operasi siaran radio dengan menggunakan peralatan asas komputer atau digital secara keseluruhannya. Tambahan pula ianya menggunakan perisian Mediatron Digital Radio System keluaran Jerman.



Bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 malam, pembantu penerbit ini begitu komited dalam menjadikan Putra FM sebagai wahana interaksi sesama pelajar dan antara pelajar dengan masyarakat. 




KE'IMAN'AN


Selasa, 17 Ogos 2010 bersamaan 7 Ramadhan 1431H. Sekitar jam 10.00 pagi, perkarangan Masjid Universiti Putra Malaysia kelihatan agak sesak. Penganut agama Islam di kawasan setempat akan membayar zakat fitrah sebelum terbenam matahari 1 Syawal.


Membayar zakat merupakan tuntutan agama kepada mereka yang mampu. Ianya akan diagihkan kepada 8 kelompok penerima zakat. Zakat akan dibayar kepada pemungut zakat yang dikenali sebagai ’Amil’.


Seorang amil yang dipilih mestilah beragama Islam, faqih dalam ilmu zakat dan tidak fasiq. Amil ini berkesempatan membaca tafsir Al-Quran ketika ketiadaan orang yang membayar zakat menggambarkan ikhlasnya beliau dengan tugasnya.


Melanggar Undang Undang



Sebagai sebuah universiti penyelidikan, Universiti Putra Malaysia memiliki beberapa pusat penyelidikan dan penggembangan kemahiran. Salah satunya ialah IDEAC yang terletak bersebelahan Fakulti Ekologi Manusia.

Sebagai salah sebuah universiti terulung di Malaysia,sepatutnya sikap warganya, sama ada staf atau pun pelajar sepatutnya profesional dan rasional dalam setiap hal.



Sepatutnya warga UPM lebih mengambil berat tentang setiap bentuk undang-undang dan tidak hanya peka terhadap undang-undang lisan.



Apa yang lebih dikesalkan ialah sikap segelintir pegawai-pegawai besar besar UPM yang mungkin bergelar Doktor,Professor Madya mahupun Professor merampas hak pengguna kurang upaya (OKU).




Monday, August 9, 2010

MEDIA NIGHT UPM 2010



Hazwan antara pemenang anugerah pada Malam Bersama Media UPM 2010 

Antara wajah siswa-siswi Bacelor Komunikasi yang turut menjayakan majlis tersebut.

Terdapat juga pelajar dari lain-lain program pengajian turut hadir bagi memeriahkan majlis.

Faktor 'seniority' tidak menghalang siswa-siswi berganding bahu dalam menjayakan majlis.

Ada juga mengambil peluang mencungkil bakat dalam bidang peragaan.

Menggayakan busana muslimah tidak menghalang anda menjadi tumpuan umum terutama si jejaka.

Fahmi, penuntut tahun 2 Bacelor Komunikasi (Journalism) merupakan bintang UPM yang menyinar. Komitmen dalam pelajaran dan bidang seni antara faktor beliau terus digilai mahasiswi universiti.

  










Friday, August 6, 2010

The Establization...

Salam.


Friday, 6th August 2010 : Sharp at 1731 (local time) at Sanggar Bahasa, Modern Language & Communication Faculty, University Putra Malaysia, this blog was created. This blog is one of requirements for my core major subject; KOJ 3433 Photo Journalism teaches by Pak Ngah (Mr. Ishak Bin Abdul Hamid). 


I wish a very warm welcome to everyone for visiting and give comments on the topic in my blog and hopefully we will share not only bout photo journalism but everything those are relevant. I think thats all for kick-start. See ya next time. 


Wassalam.