Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, Universiti Putra Malaysia mempunyai 4 buah jabatan dibawah naungannya. Iaitu Jabatan Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa Inggeris, Jabatan Bahasa Asing dan Jabatan Komunikasi.
Jabatan Komunikasi mempunyai empat pengkhususan iaitu Penyiaran, Kewartawanan, Komunikasi Korporat dan Komunikasi Kemanusiaan. UPM telah membina beberapa makmal seperti makmal fotografi dan makmal penyiaran. Makmal penyiaran mempunyai dua unit iaitu unit penerbitan video dan unit penerbitan radio. Unit penerbitan radio kini telah dinaiktaraf menjadi Stesen Radio Kampus.
Pembantu penerbit memainkan peranan penting dalam melancarkan operasi siaran radio dengan menggunakan peralatan asas komputer atau digital secara keseluruhannya. Tambahan pula ianya menggunakan perisian Mediatron Digital Radio System keluaran Jerman.
Bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 malam, pembantu penerbit ini begitu komited dalam menjadikan Putra FM sebagai wahana interaksi sesama pelajar dan antara pelajar dengan masyarakat.