A Little Bit Bout Photojournalism..

Photojournalism is a particular form of journalism (the collecting, editing, and presenting of news material for publication or broadcast) that creates images in order to tell a news story. It is now usually understood to refer only to still images, but in some cases the term also refers to video used in broadcast journalism. Photojournalism is distinguished from other close branches of photography (such as documentary photography, social documentary photography, street photography or celebrity photography) by the qualities of:

  • Timeliness — the images have meaning in the context of a recently published record of events.
  • Objectivity — the situation implied by the images is a fair and accurate representation of the events they depict in both content and tone.
  • Narrative — the images combine with other news elements to make facts relatable to the viewer or reader on a cultural level.

Like a writer, a photojournalist is a reporter but he or she must often make decisions instantly and carry photographic equipment, often while exposed to significant obstacles (physical danger, weather, crowds).



Showing posts with label Asignmnt KOJ3433. Show all posts
Showing posts with label Asignmnt KOJ3433. Show all posts

Wednesday, September 1, 2010

PERSEKITARAN KERJA (STAF PUTRA FM)

Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, Universiti Putra Malaysia mempunyai 4 buah jabatan dibawah naungannya. Iaitu Jabatan Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa Inggeris, Jabatan Bahasa Asing dan Jabatan Komunikasi.


Jabatan Komunikasi mempunyai empat pengkhususan iaitu Penyiaran, Kewartawanan, Komunikasi Korporat dan Komunikasi Kemanusiaan. UPM telah membina beberapa makmal seperti makmal fotografi dan makmal penyiaran. Makmal penyiaran mempunyai dua unit iaitu unit penerbitan video dan unit penerbitan radio. Unit penerbitan radio kini telah dinaiktaraf menjadi Stesen Radio Kampus. 


Pembantu penerbit memainkan peranan penting dalam melancarkan operasi siaran radio dengan menggunakan peralatan asas komputer atau digital secara keseluruhannya. Tambahan pula ianya menggunakan perisian Mediatron Digital Radio System keluaran Jerman.



Bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 malam, pembantu penerbit ini begitu komited dalam menjadikan Putra FM sebagai wahana interaksi sesama pelajar dan antara pelajar dengan masyarakat. 




KE'IMAN'AN


Selasa, 17 Ogos 2010 bersamaan 7 Ramadhan 1431H. Sekitar jam 10.00 pagi, perkarangan Masjid Universiti Putra Malaysia kelihatan agak sesak. Penganut agama Islam di kawasan setempat akan membayar zakat fitrah sebelum terbenam matahari 1 Syawal.


Membayar zakat merupakan tuntutan agama kepada mereka yang mampu. Ianya akan diagihkan kepada 8 kelompok penerima zakat. Zakat akan dibayar kepada pemungut zakat yang dikenali sebagai ’Amil’.


Seorang amil yang dipilih mestilah beragama Islam, faqih dalam ilmu zakat dan tidak fasiq. Amil ini berkesempatan membaca tafsir Al-Quran ketika ketiadaan orang yang membayar zakat menggambarkan ikhlasnya beliau dengan tugasnya.


Melanggar Undang Undang



Sebagai sebuah universiti penyelidikan, Universiti Putra Malaysia memiliki beberapa pusat penyelidikan dan penggembangan kemahiran. Salah satunya ialah IDEAC yang terletak bersebelahan Fakulti Ekologi Manusia.

Sebagai salah sebuah universiti terulung di Malaysia,sepatutnya sikap warganya, sama ada staf atau pun pelajar sepatutnya profesional dan rasional dalam setiap hal.



Sepatutnya warga UPM lebih mengambil berat tentang setiap bentuk undang-undang dan tidak hanya peka terhadap undang-undang lisan.



Apa yang lebih dikesalkan ialah sikap segelintir pegawai-pegawai besar besar UPM yang mungkin bergelar Doktor,Professor Madya mahupun Professor merampas hak pengguna kurang upaya (OKU).